Powered By Blogger

Monday, 25 February 2013

Puding Roti Sos Vanilla



Ok resepi puding.
Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan

whipping cream 2 cawan

gula 1 cawan

telur 6 biji

esen vanila 1tsb

butter 4 tsb

Coklat chips - agak2 ikut suka

kismis-agak2

serbuk kayu manis.1tsb

Cara-caranya:

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis, coklat chips dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya.

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

Sunday, 24 February 2013

Akikah Nur Adni

Seminggu kelahiran Baby Adni..Kami buat kenduri akikah..sunnah nabi buat akikah n beri nama dalam masa 7 hari kelahiran...ape pun x byk pic nak di share..Sbb saya dalam pantang..nak berjalan pun x larat..tapi tgk la muka..mcm org x sakit..pandai cover kan...heheh


Jom share pengertian akikah: HIKMAH AKIKAH Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya: -Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak. -Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah. -Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. -Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak. -Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PENGERTIAN AKIKAH Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah: kikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah. aging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak. Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.: Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." Syarat-syarat akikah: Berniat akikah ketika menyembelih. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

CARA MELAKUKAN AKIKAH Berdoa semasa hendak menyembelih: Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak). -Menyembelih ketika matahari sedang naik. -Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan. -Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya. -Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin. -Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

Wednesday, 13 February 2013

Happy 2013 ;)

Salam 2013..fuhh dah masuk February baru nak update kan..Al maklum la pengalaman pertama berpantang...2 dec 2012 sy slamat melahirkan Baby "Nur Adni Bt Mohd Rostam"..Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt atas kurniaan tidak ternilai..Now da start kerja then byk benda baru nak dibuat..pindah rumah n sebagainya..hope saya di beri kekuatan n kesihatan yg baik untuk menguruskan rumah tangga n kerjaya...byk wishlist utk tahun ni...n cita2 yg ingin aku capai..nak tau?? tgu entry seterusnya ya...;)