Powered By Blogger
Showing posts with label Daily Life. Show all posts
Showing posts with label Daily Life. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

One Happy Family

Semakin membesar semakin cumey anak umi ni..bila umi pegang mcm muka umi..bila abi pegang mcm muka abi..so kalo rajnikhan pegang xkan ikut jugak...adesss tidakk..heheh..xtau nak post entry ape saje nak keep pic ni kat blog as online diary...I LOVE MY FAMILY...;)

Sunday, 24 February 2013

Akikah Nur Adni

Seminggu kelahiran Baby Adni..Kami buat kenduri akikah..sunnah nabi buat akikah n beri nama dalam masa 7 hari kelahiran...ape pun x byk pic nak di share..Sbb saya dalam pantang..nak berjalan pun x larat..tapi tgk la muka..mcm org x sakit..pandai cover kan...heheh


Jom share pengertian akikah: HIKMAH AKIKAH Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya: -Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak. -Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah. -Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. -Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak. -Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

PENGERTIAN AKIKAH Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH Terdapat beberapa perbezaan antara korban dengan akikah: kikah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidiladha hingga 13 Zulhijah. aging akikah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. Akikah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging akikah sunat disedekahkan setelah dimasak. Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu. Sabda Rasullullah s.a.w.: Yang bermaksud: "Setiap bayi itu tergadai dengan akikahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." Syarat-syarat akikah: Berniat akikah ketika menyembelih. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

CARA MELAKUKAN AKIKAH Berdoa semasa hendak menyembelih: Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak). -Menyembelih ketika matahari sedang naik. -Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan. -Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya. -Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin. -Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

Wednesday, 13 February 2013

Happy 2013 ;)

Salam 2013..fuhh dah masuk February baru nak update kan..Al maklum la pengalaman pertama berpantang...2 dec 2012 sy slamat melahirkan Baby "Nur Adni Bt Mohd Rostam"..Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt atas kurniaan tidak ternilai..Now da start kerja then byk benda baru nak dibuat..pindah rumah n sebagainya..hope saya di beri kekuatan n kesihatan yg baik untuk menguruskan rumah tangga n kerjaya...byk wishlist utk tahun ni...n cita2 yg ingin aku capai..nak tau?? tgu entry seterusnya ya...;)



Tuesday, 16 October 2012

Carbornara sphagetti with beef steak and fish fillet

Sweetnya..5 hari sebelum nak gi Haji , Abi masak utk saya....sangat terharu..walaupun nampak simple cause semua frozen jer but still ada effort nak masak..Tq Abi..Love u so much....


Sunday, 7 October 2012

All suprise 4 my Bday 23 sept 2012

Happy bday to me yang ke 28 years..puhhhhh tue dah..ape pun banyak lagi yg masih belum sempurna dr segi ilmu..agama n pengalaman...Harap hari semakin hari aku dpt menjadi insan yg berguna and menjadi wanita solehah....Tahun ni special sebb my Abi buat byk suprise sampai da x tersangka..dinner suprise...hadiah suprise..cake suprise..semua waktu yg berlainan..mana x suprisenya..heheh...
Bear yg comel ni abi yg bagi..perfume ni plak my abah n mak bagi...so nice n sukeeee sgt....Abi ada beli perfume jugak tp x sempat amik pic coz perfume tu special sgt...kalo x bday pun abi beliakn byk perfume..tq abi..luv u so much
Yang ni paling saya suke n sayang..tq abi..i love this gift so much..sentiasa pakai di mana jua berada..kenang daku dlm doamu..kenang kamu dalam doaku jua....;)

Monday, 24 September 2012

Raya As a wife..2012









Hari raya 2012 sgt bermakna sbb first time raya as a wife..eh xde mukadhimah ape lak hari ni..Salam semua..raya da habis so mula la hari2 seperti biasa... nak dijadikan cerita..raya kali ni x byk gambar...coz umah mak mertua ramai tetamu dtg..so melayan tetamu adalah yg terbaek kan..anyway happy beraya dgn keluarga baru ..terubat rindu dgn my family kat perak..but dun worry..next year we will be together gether yer....heheh..

Tuesday, 14 August 2012

Selamat Hari Raya 2012


Selamat Hari Raya Kepada semua pembaca...Tahun ni saya beraya bersama suami and baby dalam perut..hehehe..Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kami sekeluarga. Tahun Ni first time beraya dengan family mertua..sedih happy bercampur baur...ape pun pastinya raya ini meriah bersama suami Tercinta..kan abi..;)Selamat Hari Raya Sayangg...

Sunday, 29 July 2012

Perfume for Raya

Hooreyyy..semalam sempat menyopping kat Sogo dengan abi...memula igtkan da cancel sbb lepas sahur saya trus rasa flat n kepala berat jer..last2 tengahari rasa semangat balik pastu plan gi jugak cari baju raya..so smlm sempat shopping perfume couple set for me n abi..thnx abi..;) ..nasib baik dpt beli baju raya abi skali...dpt raya dgn bergaya k abi..for me..nak beli baju raya xde mood sgt..pregnant ni susah nak cari bju..tp cube next time lak...lalalalla....Perfume yg di beli CK SHEER BEAUTY FOR ME n CK EUPHORIA FOR HIM...hehehe..lain yg di plan lain yg di beli..memula nak beli JIMMY CHOO my favourite ever tp sejak mengandung da x leh bau JIMMY CHOO lak..so yg CK ni fresh n ligt for me...Flowerish n fruity ..so nyummmy....Da delivered nanti nak JIMMY CHOO lak..bole abi? :p

Wednesday, 27 June 2012

Perkembangan fetus 14 minggu



Tak sabarnya nak tunggu baby dalam perut ni membesar. Now dah masuk 14 minggu hope semua ok dan di bawah lindungan Allah.

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.

Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Monday, 25 June 2012

Digital Elina batch 1

Salam...
Nampaknya hari pertama penjualan kain membransangkan..mungkin sebab mmg tepat pada waktunya..lagi sebulan lebiih nak raya so mmg org tercari2 kain..Ni la namanya business bermusim...sy lebih suka business bermusim sebab jualan kite senang nak jalan..ape pun kena usaha dan berdoa supaya di murahkan rezeki..setakat ni sy borong 14 helai kain jer n dah laku 9 dlm masa satu hari..rasa syok lak buat business mcm ni...igt kalo ada masa nak amik kain lagi but modal nak amik mana yer..almaklum la..kain ada yang amik but bayar kemudian..hope semua di permudahkan...hehehe

 Ni la contoh kain yg sy jual..Digital silk Elina....Harga pasaran rm 85-90 tapi harga pengenalan saya rm80...but still dapat byk untung..bak kata seorang perniaga kemboja ni..nak untung kena igt hari esok jugak..hope lain kali org akan igt jualan kita n dtg lagi untuk beli..hehe

Friday, 22 June 2012

Kelebihan wanita mengandung



Genap 3 bulan 2 minggu sy pregnant. Bermacam2 dugaal di awal kehamilan..tapi ape pun sy bersyukur dgn rezeki yg diberi..dan rasa happy sgt coz lambang cinta sy and Abbi. Dibawah adalah kelebihan wanita mengandung: Beruntungnya saya..Allhamdulillah...

Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya,maka beristghfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa..
..Apabila dia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad Fiisabilillah. Apabila dia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa sebarang dosa sebagaimana dia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir)”

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya,maka beristghfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa….Apabila dia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad Fiisabilillah. Apabila dia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa sebarang dosa sebagaimana dia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir)”

Wednesday, 20 June 2012

Happy Belated Bday..Abah n Wani...

Ok rasa belum terlambat sy nak wish bday to Abah n wani( my sister)..Kedua-dua lahir bulan june...





Wish for Abah:

Semoga di beri kesihatan yang baik ..panjang umur..murah rezeki dan hidup diberkati..semoga semua impian abah tercapai..Love u so much..tq for being a very good Abah for us..love u...

Wish for Wani:

Semoga berjaya dlm hidup..dunia akhirat..semoga jadi anak solehah dan diberkati hidup...panjang umur...murah rezeki dan sihat selalu..cepat2 la kahwin yer....

Kepada Family's member yg lain..sorry x wish thru My blog..sbb masa tu x siap blog ni lagi..Any way Happy belated bday to all in 2012..Eqa...Syafiq..Faris..Wish u all the best Dunia akhirat and jadilah anak2 soleh solehah..Amin...I LOVE MY FAMILY


Jom Berniaga..!

Nampaknya life dah semakin stabil..now i'm pregnant 14 weeks...x sabar nak tunggu baby ni kuar..tetiba rasa mcm ada kekurangan sket..kekurangan waktu kot..rasa mcm setiap hari x sempat nak buat aktiviti lain sbb badan asyik penat jer...Nak kemas umah pun kdg2 larat kdg2 tak..semoga cepat la sht bila masuk 4 month pregnancy nanti... Sebenarnya itu bukan masalah cuma rasa kesian kat Abi..terpaksa la tahan tgk wife dia asyik lemah2...Nak di jadikan citer sy terasa ada mood nak buat sesuatu yg sy x pernah and x suke buaT DULU...hehe...Saya rasa nak cari satu business yg boleh jadi hobi and pendapatan sampingan untuk sy...bukan sbb x cukup duit..tp org ckp x rugi kite buat sesuatu yg mendatangkan keuntungan...hurm and secara x sengaja sy dah dpt idea business ape sy nak buat..kalo nak tau tungguuuu...nanti kalo dah konpem kite akan share bersama yer..hehehe  

ISLAM DAN PERNIAGAAN

 Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna(ad-Din). Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek ehidupan manusia termasuk bidang perniagaan. `Tidak Kami abaikan sesuatu pun dalam Al-Kitab' Tujuan peraturan dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kemaslahatan manusia dapat di pelihara dan segala unsur yang boleh merosakkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat di halang. `Dan tidak kami utuskan kamu( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam' Sudah semestinya agama serta peraturan dan garis panduan yang terkandung di dalam nya yang dturunkan oleh Maha Pencipta kepada manusia adalah lebih baik daripada peraturan yang di sediakan oleh manusia itu sendiri yang mempunyai serba kelemahan `Manusia itu di ciptakan lemah' Oleh itu tanggungjawab manusia di muka bumi adalah untuk menjalankan amanah menegakkan agama Allah SWT dan peraturan serta hukum-hukumnya termasuklah memanfaatkan segala sumber-sumber semulajadi dan lainya yang di cipta oleh Allah mengikut apa yang di tetapkan oleh Allah untuk kebaikannya dan makhlok lain kerana dia akan di pertanggungjawabkan di depan Allah SWT di hari pembalasan nanti. Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan sirah Rasulullah s.a.w jelas bahawa Islam menggalakkan perniagaan. Malah adalah suatu hakikat bahawa perkembangan dunia Melayu dan perniagaan Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Sejarah bangsa Melayu telah mempamirkan satu hubungan yang begitu jelas antara keduanya. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kejayaan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan bermula dengan keberkesanan perlaksanaan sistem ekonomi Islam dalm bentuknya yang tersendiri pada awal abad 15 dengan tersebarnya agama Islam dan terbinanya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagaimana yang dapat di kaji dalam dokumen-dokumen sejarah seperti Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Pahang, Suma Oriental of Tome Pires, The Book of Duarte Barbosa, Rihlah Ibn Batuta, Undang-Undang Laut Melaka dsbnya.

Sunday, 17 June 2012

Aqiqah Rizz Daniel




Ni la bby yg cukur jambul tu..bukan anak anis yer..ni anak my pren...