Powered By Blogger

Wednesday, 20 June 2012

Jom Berniaga..!

Nampaknya life dah semakin stabil..now i'm pregnant 14 weeks...x sabar nak tunggu baby ni kuar..tetiba rasa mcm ada kekurangan sket..kekurangan waktu kot..rasa mcm setiap hari x sempat nak buat aktiviti lain sbb badan asyik penat jer...Nak kemas umah pun kdg2 larat kdg2 tak..semoga cepat la sht bila masuk 4 month pregnancy nanti... Sebenarnya itu bukan masalah cuma rasa kesian kat Abi..terpaksa la tahan tgk wife dia asyik lemah2...Nak di jadikan citer sy terasa ada mood nak buat sesuatu yg sy x pernah and x suke buaT DULU...hehe...Saya rasa nak cari satu business yg boleh jadi hobi and pendapatan sampingan untuk sy...bukan sbb x cukup duit..tp org ckp x rugi kite buat sesuatu yg mendatangkan keuntungan...hurm and secara x sengaja sy dah dpt idea business ape sy nak buat..kalo nak tau tungguuuu...nanti kalo dah konpem kite akan share bersama yer..hehehe  

ISLAM DAN PERNIAGAAN

 Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna(ad-Din). Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek ehidupan manusia termasuk bidang perniagaan. `Tidak Kami abaikan sesuatu pun dalam Al-Kitab' Tujuan peraturan dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kemaslahatan manusia dapat di pelihara dan segala unsur yang boleh merosakkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat di halang. `Dan tidak kami utuskan kamu( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam' Sudah semestinya agama serta peraturan dan garis panduan yang terkandung di dalam nya yang dturunkan oleh Maha Pencipta kepada manusia adalah lebih baik daripada peraturan yang di sediakan oleh manusia itu sendiri yang mempunyai serba kelemahan `Manusia itu di ciptakan lemah' Oleh itu tanggungjawab manusia di muka bumi adalah untuk menjalankan amanah menegakkan agama Allah SWT dan peraturan serta hukum-hukumnya termasuklah memanfaatkan segala sumber-sumber semulajadi dan lainya yang di cipta oleh Allah mengikut apa yang di tetapkan oleh Allah untuk kebaikannya dan makhlok lain kerana dia akan di pertanggungjawabkan di depan Allah SWT di hari pembalasan nanti. Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan sirah Rasulullah s.a.w jelas bahawa Islam menggalakkan perniagaan. Malah adalah suatu hakikat bahawa perkembangan dunia Melayu dan perniagaan Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Sejarah bangsa Melayu telah mempamirkan satu hubungan yang begitu jelas antara keduanya. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kejayaan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan bermula dengan keberkesanan perlaksanaan sistem ekonomi Islam dalm bentuknya yang tersendiri pada awal abad 15 dengan tersebarnya agama Islam dan terbinanya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagaimana yang dapat di kaji dalam dokumen-dokumen sejarah seperti Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Pahang, Suma Oriental of Tome Pires, The Book of Duarte Barbosa, Rihlah Ibn Batuta, Undang-Undang Laut Melaka dsbnya.

No comments:

Post a Comment