Powered By Blogger

Thursday, 14 June 2012

Raja segala buah

Memang terbaek..dah sakit makan durian..ni la lunch hari ni..sbb x nak makan pizza anis ajak opismate makan ikan bakar...elok jer time nak balik tu singgah gerai durian..hurmmm..bayangkannnn musang king sekilo rm8....oleh kerana x sihat..makan 3 ulas jer...kalo suami tau ni mesti dia xnak layan kalo sakit...Abbi jgn marah yer Ummi makan duriann...heheh....Bila la dpt mkn lagi ni..x sabar nak tunngu raya n merasai musim durian kat kampung.

Ok ni yang first time aku jumpe Durian merah..org kate durian ini tidak memabukkan..tapi mcm ilang selera lak kalo makan durian merah..pelik...eee mcm mana la rasanya kan..

 Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihat gambar buah durian berisi merah.

Ni pokok nya..amboi bukan main lebat and byk buah nya.....eee jgn la anak aku ngidam yg bukan2..heheh

No comments:

Post a Comment