Powered By Blogger

Wednesday, 13 June 2012

Cara basic menjaga Kulit



MASALAH BIASA KULIT
�Alamak! Jerawat!!�
Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukannya serius sangat, tetapi anda boleh mendapatkan rawatan perubatan jika anda risau.
Masalah kulit akan menjadi lebih teruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.

CARA JAGAAN DAN RAWATAN YANG BETUL
Cara-cara yang senang untuk menjaga kulit anda:
  • Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air suam dan sabun lembut, kemudian keringkan.
  • Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari boleh menyebabkan kanser kulit.
  • Jangan sekali-kali mencucuk, memicit atau mengorek jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merosakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.
  • Jangan merokok. Ia akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.
Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda harus berjumpa pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).


Mitos2 tentang kulit.....
Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.

Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.

Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.

No comments:

Post a Comment