Powered By Blogger
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Wednesday, 13 June 2012

Cara mengatasi sembelit

Sembelit atau sukar utk membuang najis adalah masalah penghadaman yg terbiasa yg boleh dikategorikan apabila kurang dari 2 kali ke tandas setiap minggu, najis yg keras atau ketidak kerapan dan pembuangan yg menyakitkan. Jika anda mengalami masalah sedemikian, ikutilah beberapa cara ini utk mengelak dari sembelit


♥ Makan diet yg kaya serat (fiber). Pastikan sekurang-kurangnya 30g serat setiap hari. Makanan yg kaya serat termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijiran. Cuba makan makanan yg kaya serat di setiap hidangan secara tetap utk menggalakkan kesihatan yg baik.
♥ Minum air. Para doktor mensyorkan agar anda minum sekurang-kurangnya 8oz gelas air setiap hari. Air boleh membantu melembutkan najis yg membuatkan pembuangan kurang menyakitkan.
♥ Makan pada sukatan yg kecil. Memakan secara banyak hanya 3 kali sehari boleh mendatangkan sembelit. Sebaliknya, makan pada sukatan yg kecil dan tambahlah jumlah makan kepada 5 atau 6 kali sepanjang hari.
♥ Hadkan pengambilan beberapa jinis makanan ataupun ubatan yg boleh membawa kepada sembelit. Ubatan seperti antacids dan makanan seperti pisang, nasi putih, roti yg diperbuat dari gandum putih dan produk tenusu, boleh membawa kepada sembelit.
♥ Bersenam secara tetap. 30min bersenam setiap hari boleh membantu sistem penghadaman utk bekerja lebih berkesan dan membantu anda mengelak dari sembelit.
♥ Pergi ke tandas jika perlu. Adakalanya, ada di antara kita yg menangguhkan utk pergi ke tandas kerana kesuntukan waktu atau keadaan tidak begitu mengizinkan. Menangguhkan akan mengakibatkan sembelit



Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.
Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.
Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.
Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah  mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan

Tips hilangkan sakit kepala tanpa ubat



Hari ni kepala rasa berdenyut2 sgt..lama x kena mcm ni...selalu sakit kepala biasa jer..tapi oleh kerana anis pregnant terpaksa la try hilangkan dgn semulajadi tanpa makan ubat. so dengan rajinnya terus google petua2 utk hilang sakit kepala...terjumpa satu blog kesihatan..so jom la share sesama...

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ TehKemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan.
- Duduk dan luruskan kaki.
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

Banyakkan tips2 nya...sharing is caring..SELAMAT MENCUBA..;)