Powered By Blogger
Showing posts with label My Kitchen. Show all posts
Showing posts with label My Kitchen. Show all posts

Monday, 25 February 2013

Puding Roti Sos Vanilla



Ok resepi puding.
Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan

whipping cream 2 cawan

gula 1 cawan

telur 6 biji

esen vanila 1tsb

butter 4 tsb

Coklat chips - agak2 ikut suka

kismis-agak2

serbuk kayu manis.1tsb

Cara-caranya:

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis, coklat chips dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya.

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

Wednesday, 4 July 2012

Lempeng sambal ikan bilis n Nasi lemak Sambal sotong

Resepi Lempeng:

2 cawan tepung gandung
2 cawan susu / kalo x suke susu bole gantikan ngan air suam
1 sudu teh garam
1 biji telur.

Sambal ikan bilis :

2 Genggam cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 Genggam ikan bilis.
Garam..gula....perasa secukup rasa.