Powered By Blogger

Tuesday, 16 October 2012

Carbornara sphagetti with beef steak and fish fillet

Sweetnya..5 hari sebelum nak gi Haji , Abi masak utk saya....sangat terharu..walaupun nampak simple cause semua frozen jer but still ada effort nak masak..Tq Abi..Love u so much....


Sunday, 14 October 2012

Penyucian Diri di Tanah Suci

Allhamdulillah ..semalam family Anis berjaya register umrah untuk 2013...Memang dah berdoa untuk diorang supaya dapat menjejaki Tanah Suci Allah itu...Anis n hubby dah pergi sana time honeymoon bulan mac2012...Ziarah Istanbul n menunaikan umrah sekaligus...Mak Abah pun dah bergelar Haji tp yang sgt menggembirakan..adik2 berpeluang menunai kan umrah bersama Mak Abah bulan Mac tahun depan...Semoga ini satu permulaan yang baik untuk mereka..... Untuk Persediaan sedia la baca yer Adik2 ku sayang..... http://harmoni2u.com/index.php?option=com_content&view=article&id=208&Itemid=346 click utk video panduan

Umrah - 6 bulan sebelum melaksanakan Umrah Tuesday,
1. Bulatkan tekad dan tetapkan hasrat anda untuk menjadi TETAMU ALLAH di tanah suci makkah dan madinah bagi menyempurnakan tuntutan mengerjakan Umrah itu.

2. Tepis dan tolak perasaan berbelah bahagi, ragu-ragu serta was-was yang lazimnya dibisikkan oleh iblis dan syaitan yang tidak akan sekali-kali redha dengan hasrat dan tujuan murni kita mengerjakan ibadah suci itu.

3. Mantapkan minda anda tentang ibadah Umrah tersebut dengan membeli dan membaca buku-buku yang mengutarakan segala falsafah, fadilat, hikmah, keutamaan, cabaran, rintangan serta kelebihan ibadah Umrah itu yang banyak terdapat di pasaran dan dititipkan oleh penulis serta penyusun yang banyak pengetahuan serta luas pengalaman dalam bidang ini.

 4. Semai dan pupuk rasa kecintaan dan kerinduan anda kepada Makkah dan Madinah yang menjadi nucleus kepada peribadahan Umrah berkenaan.

5. Dalami lagi pengetahuan anda terhadap kedua-dua tanah suci berkenaan dengan membeli serta membaca buku-buku atau melayari laman-laman web yang berkaitan dengan sejarah serta kelebihan dan keistimewaan kedua-dua tanan suci berkenaan di sisi Allah SWT.

6. Semai dan pupuk juga minda dan pengetahuan anda tentang kelebihan dan keutamaan Masjidil Haram yang penuh barakah di sisi Allah di mana setiap solat yang di dirikan di dalamnya akan digandai Allh dengan 100,000 solat.

7. Pupuk dan semai juga kerangka minda anda tentang keunikan dan keistimewaan Masjid Nabawi iaitu masjid yang didirikan dalamny akan digandai Allah sebanyak 1,000 malah ada hadith yang meriwayatkan sebanyak 50,000 solat.

 8. Semai cita-cita dan hasrat untuk mengunjungi dan menziarahi makam baginda Rasullah SAW di mana jenazah baginda yang mulia serta jenazah dua orang sahabat utama baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Ibni Al-Khattab turut disemadikan di bawah kubah hijau Masjid Nabawi berkenaan.

9. Kenali sejarah kelebihan serta keutamaan Ar-Raudhah, perkuburan Al-Baqi’, Masjid Quba’ Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Makam Syuhada’ yang mempunyai sejarah serta kelebihan yang tersendiri serta amat mulia dan besar kedudukan di sisi Allah SWT itu.

10. Kenali dengan lebih dekat lagi Baitullah atau Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat islam di dunia dan merupakan rumah Allah yang amat mulia dan agung serta penuh dengan hikmah dan kelebihan itu dengan membaca segala maklumat yang berkaitan dengannya menerusi bahan-bahan bacaan atau VCD, DVD yang banyak terdapat di pasaran.

11. Kenali juga dengan lebih dekat mercu-mercu tanda yang terdapat dalam Masjidil Haram saperti Hajar Aswad, Maqam Ibrahim, Hijir Ismail, Mitzab Kaabah dan Multazam yang penuh dengan kemuliaan serta menjadi wadah yang amat mustajab dan berkesan untuk memanjatkan doa dan permintaan dan pengharapan ke hadrat Allah SWT.

12. Ketahui juga sejarah Padang Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Tsur, Jabal Nur, Mudzalifah dan Mina yang meninta beraneka kelebihan serta berkait rapat dengan syariat Haji dan kronologi sirah dan sejarah Islam di muka bumi ini.

13. Pupuk kecintaan serta keghairahan anda terhadap kesemua tempat-tempat suci berkenaan dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengannya atau menonton VCD, DVD yang memaparkan gambaran serta visual tempat-tempat berkenaan yang banyak terdapat di pasaran.

14. Abadikan gambar-gambar dan poster-poster yang memaparkan visual Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Makam Nabi, Raudhah, Baitullah dan seumpamanya itu di ruang tamu atau di dalam bilik-bilik rumah kediaman anda. Bahan-bahan ini banyak terdapat di pasaran dengan pelbagai bentuk dan kreativiti yang menarik serta mempesonakan.

15. Renung dan hayati gambar-gambar tersebut dengan sepenuh rasa kecintaan dan kerinduan serta pasang niat dan cita-cita untuk berada dalam pelukan dan dakapannya seberapa segera yang termampu.

16. Tangguhkan buat sementara waktu atau kalau boleh tinggalkan langsung amalan membaca buku-buku atau menonton VCD, DVD yang mengutamakan berita-berita hiburan, sensasi, tahyul, fitnah serta ghairah melampau yang tidak mendatangkan banyak faedah dan boleh merosakkan minda dan pemikiran serta mendatangkan dosa kering yang tidak sepatutnya itu.

17. Isi masa-masa lapang dan terluang anda dengan mendalami pengetahuan tentang keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT menerusi pembacaan Al-Quran, Mustika Hadith serta menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid-mashid dan di surau-surau di daerah kediamaan masing-masing.

18. Pupuk dan bina sikap atau sifat-sifat jiwa yang Muraqabah iaitu suatu sikap atau sifat yang memiliki kesedaran diri bahawa anda selalu berhadapan dengan Allah dengan keadaan diri dan segala perbuatan anda itu sentiasa di dalam pengawasan, pemantauan, penyeliaan dan pemerhatian-Nya baik dalam setiap tindak tanduk mau pun dalam pekerjaan seharian anda.

19. Pupuk dan bina juga dalam diri serta peribadi anda sifat dan sikap jiwa Al-Khauf yakni sikap jiwa yang sentiasa merasa takut kepada Allah kerana kurang sempurna pengabdian diri terhadap-Nya dengan melatih diri bangun di dini hari yang sunyi sepi dan melakukan solat tahajjud, tasbih, taubat, hajat dan witir yang khusyuk dan tawaduk.

20. Mantapkan ibadah ritual seharian anda saperti solat fardu, solat-solat sunat rawatib, puasa, zakat dan seumpamanya itu sehingga terbibit dan terbina sifat Ar-Raja’ iaitu sifat atau sikap jiwa yang sentiasa diulit pengharapan untuk mendapat rahmat, kasih saying serta pengampunan Allah SWT.

21. Tingkatkan amalan seharian dengan sifat-sifat mahmudah seperti sabar, ikhlas, jujur, merendah diri, bertolak ansur, tolong-menolong, berkasih-sayang dan seumpamanya sehingga terbibit sikap jiwa yang As-Syauq iaitu sifat atau sikap jiwa yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan Allah.

22. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengenepi serta melunakkan segala sifat mazmumah yang tercela saperti marah, dengki, kianat, celupar, sombong, takbur dan seumpamanya itu hingga lahir sifat jiwa yang Al-Uns iaitu sifat atau sikap jiwa yang sentiasa ditujukan semata-mata kepada Allah.

23. Berusaha untuk mewujudkan sifat At-Toma’ninah iaitu sifat atau sikap jiwa yang sentiasa berasa tenang dan tenteram tanpa sebarang rasa was-was atau ragu terhadap qada’ dan qadar Allah dengan mengagumi segala zat dan kekuasaan Allah yang terpancar dalam kehidupan seharian saperti kejadian langit dan bumi, malam dan siang, bulan, bintang dan matahari serta petir, kilat, rebut, taufan, banjir, ombak raksaksa dan sebagainya.

24. Buat perancangan rapi dan berkala terutama dalam aspek kewangan dan perbelanjaan agar terkumpul bajet yang mencukupi bagi merealisasikan hasrat murni untuk melaksanakan ibadah Umrah berkenaan.

25. Elakkan daripada berbelanja atau membelanjakan wang untuk perkara-perkara yang tidak perlu saperti bertukar kereta, selalu makan di kedai atau di warong-warong, bersiar-siar di pusat pusat rekreasi yang tidak banyak mendatangkan faedah atau keuntungan itu serta boleh menjejaskan bajet dan kedudukan kewangan anda.

26. Memahami sedikit sebanyak garis kasar tentang latar belakang ibadah Umrah itu sendiri yang bermaksud mengunjungi Naitullahil Haram bagi mengerjakan tawaf, saie, tahallul dan sebagainya.

 27. Fahami juga perbezaan dan perkaitan Umrah dengan ibadah Haji menerusi perbualan dan perbincangan dengan rakan-rakan dan saudara mara yang telah mempunyai pengalaman haji dan Umrah.

28. Dapatkan gambaran asas tentang ibadah Umrah tersebut saperti komposisi atau kandungannya, rukun-rukun, wajib serta sunat-sunatnya juga falsafah, hikmah, fadilat serta cabaran-cabarannya daripada rakan-rakan atau menerusi pembacaan dan penontonan VCD, DVD yang berkaitan dengan ibadah berkenaan.

29. Dekatkan diri anda kepada Allah dengan mensyukuri segala rezeki dan nikmat kehidupan yang telah dianugerahkan-Nya kepada anda. Banyakkan bersedekah serta mengeluarkan zakat harta serta zakat pendapatan bagi menyucikan harta-harta berkenaan dan mencapai matlamat berkenaan.

30. Hapuskan perasaan ghairah dan cintakan dunia dalam diri anda itu dengan melawat saudara mara serta sahabat handai yang terlantar sakit di hospital dan syukuri diri betapa beruntungnya anda kerana ditakdirkan sihat dan terhindar daripada sakit yang menyeksakan itu. Insafi hakikat bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja manakala kematian itu adalah sesuatu yang pasti dan tidak mampu dielakkan. Sehubungan itu, sentiasa ziarahi saudara mara dan sahabat handai yang meninggal dunia dan ambil iktibar serta peringatan tentang fenomena tersebut. “Dan Allah mewaijibkan manusia mengerjakan ibadah Haji (umrah) dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadah Haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” (Ali-‘Imran:97)

Sunday, 7 October 2012

All suprise 4 my Bday 23 sept 2012

Happy bday to me yang ke 28 years..puhhhhh tue dah..ape pun banyak lagi yg masih belum sempurna dr segi ilmu..agama n pengalaman...Harap hari semakin hari aku dpt menjadi insan yg berguna and menjadi wanita solehah....Tahun ni special sebb my Abi buat byk suprise sampai da x tersangka..dinner suprise...hadiah suprise..cake suprise..semua waktu yg berlainan..mana x suprisenya..heheh...
Bear yg comel ni abi yg bagi..perfume ni plak my abah n mak bagi...so nice n sukeeee sgt....Abi ada beli perfume jugak tp x sempat amik pic coz perfume tu special sgt...kalo x bday pun abi beliakn byk perfume..tq abi..luv u so much
Yang ni paling saya suke n sayang..tq abi..i love this gift so much..sentiasa pakai di mana jua berada..kenang daku dlm doamu..kenang kamu dalam doaku jua....;)

Monday, 24 September 2012

Raya As a wife..2012









Hari raya 2012 sgt bermakna sbb first time raya as a wife..eh xde mukadhimah ape lak hari ni..Salam semua..raya da habis so mula la hari2 seperti biasa... nak dijadikan cerita..raya kali ni x byk gambar...coz umah mak mertua ramai tetamu dtg..so melayan tetamu adalah yg terbaek kan..anyway happy beraya dgn keluarga baru ..terubat rindu dgn my family kat perak..but dun worry..next year we will be together gether yer....heheh..

Tuesday, 14 August 2012

Selamat Hari Raya 2012


Selamat Hari Raya Kepada semua pembaca...Tahun ni saya beraya bersama suami and baby dalam perut..hehehe..Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kami sekeluarga. Tahun Ni first time beraya dengan family mertua..sedih happy bercampur baur...ape pun pastinya raya ini meriah bersama suami Tercinta..kan abi..;)Selamat Hari Raya Sayangg...

Thursday, 2 August 2012

Tips memilih tudung ikut bentuk muka



Bentuk Muka Oval Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.
Bentuk Muka Petak Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.
Bentuk Muka PanjangSeperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.
Bentuk SegitigaDagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk Muka Bulat - Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur

Sunday, 29 July 2012

That Little Gerai

Jumaat lepas tetiba jer mood n selera omputih sampai..tgh keje terus msg abi ckp teringin mknn kat luar nak yg western..abi mesti pelikkan sbb saya x suke mknn western..tp sbb pregnant dia layankan jer..memang abi suke western pun kan..tu bby da teriukut ni..huhuhu...search punya search tinggal satu kedai je available utk booking berbuka..sbb abi lambat book...bz katenya...Tempat dia kat AU KERAMAT ..sape yg stay area situ pasti tau...namanya agak unik dan keadaan n rupa kedai sama dgn namanya..THAT LITTLE GERAI.....x percaya?? percayala..tu la nama kedai tu....hehehe

Ni Muka orang berpuasa penuh...

Muka orang berpuasa x berapa nak penuh..ada beza x? hehehe

Ni la makanan yg yang saya teringin sgt nak makan pada hari itu..kalo x pregnant mmg kembang tekak mkn western..org melayu kampung la katakan..hehehe ..CHICKEN GRILLED WITH MASH POTATO AND COLESLOW..abi lak makan Fish and chip...kot....and order olio oglio..standby utk bby lam perut..hehehe
And the restaurant nama THAT LITTLE GERAI..hahhh skang da percayakan? hehe

Perfume for Raya

Hooreyyy..semalam sempat menyopping kat Sogo dengan abi...memula igtkan da cancel sbb lepas sahur saya trus rasa flat n kepala berat jer..last2 tengahari rasa semangat balik pastu plan gi jugak cari baju raya..so smlm sempat shopping perfume couple set for me n abi..thnx abi..;) ..nasib baik dpt beli baju raya abi skali...dpt raya dgn bergaya k abi..for me..nak beli baju raya xde mood sgt..pregnant ni susah nak cari bju..tp cube next time lak...lalalalla....Perfume yg di beli CK SHEER BEAUTY FOR ME n CK EUPHORIA FOR HIM...hehehe..lain yg di plan lain yg di beli..memula nak beli JIMMY CHOO my favourite ever tp sejak mengandung da x leh bau JIMMY CHOO lak..so yg CK ni fresh n ligt for me...Flowerish n fruity ..so nyummmy....Da delivered nanti nak JIMMY CHOO lak..bole abi? :p

Tuesday, 17 July 2012

Solat dan tenaga



INFO:-
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri meeting2nya…

Wallahualam.

Wednesday, 11 July 2012

Surah Amalan ketika mengandung

Surah-surah yang dikatakan selalu dijadikan amalan:


Surah Yusuf - Surah nie kalau emaknya nak si bayi tu hensem atau cantik.... Baik rupa paras mahupun akhlak... Jadikan amalan bacaan surah nie....

Surah Maryam - Surah nie untuk senang nak melahirkan anak.....

Surah Luqman - Untuk anak yang pintar dan cerdas akal fikirannya...

Surah Yaasin - Untuk anak yang teguh hatinya dan susah nak terpengaruh dengan maksiat... Bukan setakat baca hari khamis malam jumaat jer....Bukan juga semata-mata untuk orang yang nazak nak meninggal dunia jer!


Surah Al-Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu..

Setiap surah tu ada kisahnya....dan kisah itu sesuai dengan tujuan pembacaannya... Ingat....baca Quran tak sama dengan baca buku biasa...sebab setiap kalimah yang dibaca ada khasiatnya.... Sedangkan molekul air pun boleh bertukar rupa kerana bacaan Quran...inikan pula pembentukan darah daging manusia....

Tuesday, 10 July 2012

Turkey Food n Spicy

Basically makanan kat turkey berasaskan gandung...roti n kebab..pelbagai jenis roti ada..kebab plak x sama mcm malaysia...daging ..salad dia asing kan dgn roti..mean hidangan dia..roti kosong then kena pepandai masukkan daging n salah dalam roti....haihhh byk keje lak kan..heheh

 kat sini byk kedai roti..merata2...ada roti keras mcm batu n kayu..pelikkan ....mcm mana gigi diorg ntah ....
Ni plak pembalut kebab..ni yang instant da siap balut daging n roti..roti nya da habis ye..so tgk pembalut jer la..heheh

Honeymoon + Ziarah Istanbul

Istanbul n Bursa tempat yg saya n abi berbulan madu....March 2012 kami Ziarah Istanbul merangkap honeymoon before buat Umrah. Tempat ni byk meninggalkan pelbagai kenangan kepada kami....Cantik sangat..masa ni musim sejuk lagi..walaupun ada matahari still menggigil kalo x pakai baju sejuk..tgk la sy siap bersarung tangan...wa cakap sama lu..memang sejuk..heheheh


Ni pic ketika melintasi Laut Bhosporus..sempadan yang memisakan Istanbul dan bursa....sejukkk gilee..best n nyaman..x dapat nak di gambarkan




Hotel ketika di bursa....
Masjed yg Gah sgt byk di turkey..best melihat negara islam yang masih mengekalkan bangunan lama yg unik....

Wednesday, 4 July 2012

Lempeng sambal ikan bilis n Nasi lemak Sambal sotong

Resepi Lempeng:

2 cawan tepung gandung
2 cawan susu / kalo x suke susu bole gantikan ngan air suam
1 sudu teh garam
1 biji telur.

Sambal ikan bilis :

2 Genggam cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 Genggam ikan bilis.
Garam..gula....perasa secukup rasa.

Monday, 2 July 2012

Secret "Resepi" ..Jalan2 cari mkn

Spaghetti yg abi mkn.....masammm tapi dia suke...huhuhu
Nyum2 vietnamese mee..slurppppp sedapnyaaa......terliur x? heheh

Malam tadi sy n Abi gi Jusco nak btol kan seluar....bukan ape hari sebelumnya kiteorg beli seluar keje Abi tp lupe nak suh jahit..sy ni first time beli seluar laki so x tau la mmg seluar baru kaki tu xkn di klim..hehehhe pengalaman..lepas tu ape lagi cari makan la..nyum2.....

Thursday, 28 June 2012

Doa & Amalan mendapatkan zuriat

Oleh: Ustazah Dato’ Sti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa." Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi." Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
  1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
  2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
  3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
  4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
  5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
  • Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
  • Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  • Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  • Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  • Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  • Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  • Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Wednesday, 27 June 2012

Tips menghilangkan ngantok di tempat kerja


Hari ni mengantuk yg amat sgt kat opis..x tau la pembawakan budak ke atau mmg mata ni kena jahit da..hehe...da alang2 surf internet bg ilang ngantok mencari tips2 hilang ngantu..pastu nak trus try..tgk result dia mcm mana nanti..heheh tunggu...............
  1. Hampiri kawasan bercahaya  
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapiMinyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radioMuzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  5. Senaman ringanCara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

Perkembangan fetus 14 minggu



Tak sabarnya nak tunggu baby dalam perut ni membesar. Now dah masuk 14 minggu hope semua ok dan di bawah lindungan Allah.

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.

Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Monday, 25 June 2012

Digital Elina batch 1

Salam...
Nampaknya hari pertama penjualan kain membransangkan..mungkin sebab mmg tepat pada waktunya..lagi sebulan lebiih nak raya so mmg org tercari2 kain..Ni la namanya business bermusim...sy lebih suka business bermusim sebab jualan kite senang nak jalan..ape pun kena usaha dan berdoa supaya di murahkan rezeki..setakat ni sy borong 14 helai kain jer n dah laku 9 dlm masa satu hari..rasa syok lak buat business mcm ni...igt kalo ada masa nak amik kain lagi but modal nak amik mana yer..almaklum la..kain ada yang amik but bayar kemudian..hope semua di permudahkan...hehehe

 Ni la contoh kain yg sy jual..Digital silk Elina....Harga pasaran rm 85-90 tapi harga pengenalan saya rm80...but still dapat byk untung..bak kata seorang perniaga kemboja ni..nak untung kena igt hari esok jugak..hope lain kali org akan igt jualan kita n dtg lagi untuk beli..hehe

Friday, 22 June 2012

Kelebihan wanita mengandung



Genap 3 bulan 2 minggu sy pregnant. Bermacam2 dugaal di awal kehamilan..tapi ape pun sy bersyukur dgn rezeki yg diberi..dan rasa happy sgt coz lambang cinta sy and Abbi. Dibawah adalah kelebihan wanita mengandung: Beruntungnya saya..Allhamdulillah...

Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya,maka beristghfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa..
..Apabila dia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad Fiisabilillah. Apabila dia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa sebarang dosa sebagaimana dia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir)”

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya,maka beristghfar para malaikat untuknya dan Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa….Apabila dia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad Fiisabilillah. Apabila dia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah dia bersih tanpa sebarang dosa sebagaimana dia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir)”

Misteri Bongkah Ais Di Hutan Milovice Czech Republic


Bongkah ais yang mengagumkan telah diukur dengan diameter 2m menurut pemeriksa yang juga saksi semasa mengambil video dan dimuat naik di YouTube.

Berdasarkan oleh kegoyahan klip video itu, saksi itu percaya ia adalah benar dan boleh jadi bentuk UFO. Pandangan tersebut juga seolah-olah disokong oleh penerbit berita, yang menerima tip-off mengenainya dari Pusat Pelaporan Global UFO.

Blok ais yang tidak dikenali seolah-olah berada di tengah-tengah trek atau laluan dalam hutan dan ia mempunyai garisan mendatar dan menegak yang terbenam ke dalam menjadikan ia agak menyerupai rumah igloo. 

Mungkin ia menjadi misteri besar, dimana dari mama ia berasal,kerana tidak ada tanda-tanda ais atau salji di tempat lain di hutanitu. Ini memberikan kepercayaan dan pendapat bahawa ia benar-benar datang dari angkasa lepas.

Sumber: http://www.lamankongsi.com/2012/02/misteri-bongkah-ais-di-hutan-milovice.html

Wednesday, 20 June 2012

Happy Belated Bday..Abah n Wani...

Ok rasa belum terlambat sy nak wish bday to Abah n wani( my sister)..Kedua-dua lahir bulan june...





Wish for Abah:

Semoga di beri kesihatan yang baik ..panjang umur..murah rezeki dan hidup diberkati..semoga semua impian abah tercapai..Love u so much..tq for being a very good Abah for us..love u...

Wish for Wani:

Semoga berjaya dlm hidup..dunia akhirat..semoga jadi anak solehah dan diberkati hidup...panjang umur...murah rezeki dan sihat selalu..cepat2 la kahwin yer....

Kepada Family's member yg lain..sorry x wish thru My blog..sbb masa tu x siap blog ni lagi..Any way Happy belated bday to all in 2012..Eqa...Syafiq..Faris..Wish u all the best Dunia akhirat and jadilah anak2 soleh solehah..Amin...I LOVE MY FAMILY


Jom Berniaga..!

Nampaknya life dah semakin stabil..now i'm pregnant 14 weeks...x sabar nak tunggu baby ni kuar..tetiba rasa mcm ada kekurangan sket..kekurangan waktu kot..rasa mcm setiap hari x sempat nak buat aktiviti lain sbb badan asyik penat jer...Nak kemas umah pun kdg2 larat kdg2 tak..semoga cepat la sht bila masuk 4 month pregnancy nanti... Sebenarnya itu bukan masalah cuma rasa kesian kat Abi..terpaksa la tahan tgk wife dia asyik lemah2...Nak di jadikan citer sy terasa ada mood nak buat sesuatu yg sy x pernah and x suke buaT DULU...hehe...Saya rasa nak cari satu business yg boleh jadi hobi and pendapatan sampingan untuk sy...bukan sbb x cukup duit..tp org ckp x rugi kite buat sesuatu yg mendatangkan keuntungan...hurm and secara x sengaja sy dah dpt idea business ape sy nak buat..kalo nak tau tungguuuu...nanti kalo dah konpem kite akan share bersama yer..hehehe  

ISLAM DAN PERNIAGAAN

 Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan sempurna(ad-Din). Ia menyediakan peraturan dan garis panduan untuk manusia dalam segala aspek ehidupan manusia termasuk bidang perniagaan. `Tidak Kami abaikan sesuatu pun dalam Al-Kitab' Tujuan peraturan dan garis panduan ini adalah untuk memastikan kemaslahatan manusia dapat di pelihara dan segala unsur yang boleh merosakkan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat di halang. `Dan tidak kami utuskan kamu( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam' Sudah semestinya agama serta peraturan dan garis panduan yang terkandung di dalam nya yang dturunkan oleh Maha Pencipta kepada manusia adalah lebih baik daripada peraturan yang di sediakan oleh manusia itu sendiri yang mempunyai serba kelemahan `Manusia itu di ciptakan lemah' Oleh itu tanggungjawab manusia di muka bumi adalah untuk menjalankan amanah menegakkan agama Allah SWT dan peraturan serta hukum-hukumnya termasuklah memanfaatkan segala sumber-sumber semulajadi dan lainya yang di cipta oleh Allah mengikut apa yang di tetapkan oleh Allah untuk kebaikannya dan makhlok lain kerana dia akan di pertanggungjawabkan di depan Allah SWT di hari pembalasan nanti. Berdasarkan Al-Quran, Hadis dan sirah Rasulullah s.a.w jelas bahawa Islam menggalakkan perniagaan. Malah adalah suatu hakikat bahawa perkembangan dunia Melayu dan perniagaan Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat di pisahkan. Sejarah bangsa Melayu telah mempamirkan satu hubungan yang begitu jelas antara keduanya. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa kejayaan bangsa Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan bermula dengan keberkesanan perlaksanaan sistem ekonomi Islam dalm bentuknya yang tersendiri pada awal abad 15 dengan tersebarnya agama Islam dan terbinanya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagaimana yang dapat di kaji dalam dokumen-dokumen sejarah seperti Tuhfat al-Nafis, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Pahang, Suma Oriental of Tome Pires, The Book of Duarte Barbosa, Rihlah Ibn Batuta, Undang-Undang Laut Melaka dsbnya.

Internet Explorer sgt teruk

Ok ni luahan perasaan..dah berapa hari x dpt blogging ..internet explorer kat opis sgt teruk..selalu waktu lunch dpt jugak la nak manja2 ngan blog ni...kat rumah plak xde internet lagi kesian kan..so skang di harap server opis sila lajukan speed anda..sy tensyen ni...huhuhuhu

Sunday, 17 June 2012

Aqiqah Rizz Daniel




Ni la bby yg cukur jambul tu..bukan anak anis yer..ni anak my pren...